Saturday, July 24, 2010

MINGGU 2 JURNAL REFLEKSI

Pada kuliah minggu ini saya diajar tentang soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik, serta konsep / struktur. Sebelum ini saya tidak pernah dengar dan tahu mengenai soundscape. Setelah diterangkan oleh En. Amran barulah saya mengetahui makna soundscape iaitu dibahagikan kepada dua iaitu sound adalah suara atau bunyi manakala scape pula adalah pemandangan.rumusan yang dapat saya pelajari adalah pemandangan bunyi merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara.
Seterusnya kami diuji dengan sesi pendengaran. Jika sebelum ini saya tidak pernah fokus terhadap sesuatu bunyi tetapi pada kuliah hari ini saya diajar untuk fokus terhadap bunyi-bunyian.

Selepas itu saya diajar mengenai tajuk budaya muzik. Banyak ilmu yang saya perolehi mengenai budaya muzik. Setiap budaya mempunyai muzik tersendiri. Dirumuskan bahawa budaya muzik boleh melalui keluarga, komuniti, daerah, negeri atau negara. Budaya muzik juga boleh dikenalpasti melalui genre.

Seterusnya saya mempelajari tentang apa sejarah muzik malaysia.Banyak info-info yang baru dapat saya pelajari tentang sejarah muzik tradisional malaysia. Yang paling saya suka semasa tayangan kuda kepang. Tapi sayang video tidak ditayangkan sepenuhnya. Diharapkan en dapat menayangkan video dengan sepenuhnya di dalam kelas dan dapat kita berbincang serba sedikit.
Disamping itu, saya juga mempelajari tentang kategori alat muzik. Saya sebagai pelajar muzik tidak mempunyai masalah untuk mengetahui tentang kategori alat muzik kerana saya telah mempelajarinya semasa semester 1.

Seterusnya saya mempelajari tentang konsep / struktur. Dalam tajuk ini saya diajar mengenai melodi, ritma / meter, harmoni, bentuk / form, notasi serta ekspresi / tafsir. Sebagai pelajar muzik saya sudah didedahkan tentang 6 perkara ini.

Diharap pada pembelajaran seterusnya banyak info-info yang baru dapat disampaikan dan dibincangkan didalam kelas. Kuliah pada hari sangat menarik serta sedikit sebanyak membantu saya memahami tentang tajuk ini.
Teruskan Membaca...
 

blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

smp2252 asya Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template