Tuesday, September 21, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke8

Assalamualaium buat semua kawan-kawan..Selamat Hari Raya kepada umat islam yang menyambutnya...
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya membentangkan tajuk Menora..Saya amat tertarik dengan tajuk ini kerana sebelum ini saya tidak tahu pun tentang kewujudan Menora.
Menora mempunyai 12 cerita asal tetapi mempunyai 7 buah cerita yang telah diubahsuaikan. Menora juga bertujuan untuk perubatan, mempunyai unsur jenaka serta unsur animisme.
watak yang terdapat dalam menora adalah lelaki mempunyai 3 watak utama iaitu perwira , srikandi, serta tok perang.
jalan cerita menora terdapat sedikit unsur lucah manakala mak yong berlapik.
watak yang dimainkan dalam menora adalah lelaki dan bukannya perempuan.
Saya tertarik dengan pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon menora, pakaiannya amat unik manakala kecopong juga terdapat 2 iaitu kecopong siam dan kecopong melayu. ianya juga terdapat perbezaannya tersendiri.
Saya amat tertarik dengan menora kerana mempunyai jalan ceritanya tersendiri dan mempunyai sejarah yang tersendiri..Saya dapat memahami cerita ini dengan lebih mendalam apabila kumpulan M.I.N.D.A mempunyai cara tersendiri dengan melakonkan watak masing-masing supaya rakan-rakan dapat memahami dengan lebih mendalam lagi.
Akhir sekali lagi saya ingin ucapkan tahniah kerana berjaya melakukan tugasan anda...
Teruskan Membaca...
 

blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

smp2252 asya Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template