Monday, August 2, 2010

Minggu 3 jurnal refleksi,

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Pada minggu ini, kuliah Muzik Tradisional Malaysia telah membincangkan topik yang cukup menarik bagi saya. kuliah pada minggu ini, membincangkan tentang kaedah klasifikasi muzik tradisional malaysia, kategori muzik tradisional malaysia serta ciri-ciri muzik tradisional malaysia.

Permulaan kuliah En. amran telah menerangkan perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Apa yang dapat kita ketahui ialah, adaptational merupakan benda yang berorganik manakala idiosyncratik ialah cara ataupun gaya yang tersendiri dan sulit tanpa melakukan apa-apa perubah

Apa yang saya dapat lagi daripada subjek ini ialah budaya muzik cina, india dan eropah mempunyai sistem penyusunan alat muzik. Budaya muzik cina mempunyai 8 kumpulan asas manakala budaya muzik india mempunyai ciri tersendiri iaitu drums, strings serta winds. Di samping itu juga muzik barat memperkenalkan idiophone, membranophone, kordofon serta aerofon.

Disamping itu, kita dapat mengetahui tentang ciri-ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia. Ciri utama dibahagikan kepada dua iaitu tradisi besar dan tradisi kecil. Tradidi besar adalah budaya klasik ataupun istana. Ia hanya dimainkan oleh golongan bangsawan serta golongan istana. Tradisi kecil pula adalah muzik yang dimainkan oleh rakyat. Selain di atas, terdapat 4 lagi kategori utama iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik serta muzik kontemp. Di samping itu pula ciri-ciri muzik tradisional malaysia dibahagikan kepada 6 iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensemble genderang, vokal dan instrumentel solo, ensemble sosial popular sera ensemble lain.

Muzik bentuk seni lakon utama ( Dramatari ) bercirikan teater dan muzik wilayah. Contoh yang dapat kita berikan adalah Mak Yung. Kita semua mengetahui bahawa Mak Yung adalah muzik bentuk seni lakon utama. Alat muzik yang dimainkan dalam muzik ini ialah percussion dominated serta muzik kamar. Dramatari mengutamakan alat idiofon dan membranofon manakala alat aerofon atau kordofon memainkan melodi.

Muzik bentuk tarian utama ( dramatari ) ialah tradisi muzik yang mengiringi tarian dibahagikan kepada 2 iaitu tradisi kesenian tinggi serta tradisi kesenian rakyat. Tradisi kesenian tinggi memerlukan penari ataupun pemuzik terlatih.

Muzik ensemble Genderang merupakan stand alone ataupun mengiringi muzik bentuk tarian utama. Muzik ini dimainkan semasa semasa mengiringi aktiviti kerja, upacara dan ritual tertentu ataupun seni mempertahankan diri.

Muzik vokal dan instrumental solo adalah muzik yang melibatkan rakyat. Sebagai contoh, muzik ini dimainkan semasa meraikan anak yang baru lahir, sosiolisasi serta fuherat. Contoh instrument yang terdapat dalam muzik ini ialah sompotan, seruling, suling dan sebagainya.

Muzik ensemble sosial popular adalah muzik hiburan, keramaian dan majlis perayaan. Muzik ini menghasilkan muzik sinkrotik, mengiringi tarian ronggeng, nyanyian dalam keroncong dan ghazal, perbalasan pantun serta dondang sayang dan dikir barat. Muzik ini merupakan cantuman unsur muzik tempatan dan dengan unsur muzik budaya luar.

Kesimpulannya, saya banyak mempelajari benda baru daripada topik ini. Saya berharap pada minggu yang seterusnya topik-topik yang dibincangkan lebih menarik dan berguna...
Teruskan Membaca...
 

blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

smp2252 asya Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template