Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Berjumpa lagi kita dalam kuliah ke 4. Bagi saya kuliah ini merupakan tajuk yang dapat menarik minat saya dan saya dapat mengetahui tentang keunikan dan kesenian wayang kulit.
Kuliah 4 ini membincangkan muzik wayang kulit dengan lebih terperinci. Objektif ataupun sasaran pada minggu ini ialah jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit serta perbezaan antara wayang kulit.
Muzik wayang kulit merupakan teater tradisional kuno Malaysia. Pengkisahan dalang dan bayang-bayang patung di atas kelir. Ianya berbentuk teater purba yang dimainkan oleh orkestra tertentu mengiringi gerak geri wayang. Wayang kulit mengandungi pelbagai repertoire lagu mengikut kehendak cerita.
Tok dalang ialah orang yang merupakan pendokong utama dalam mengendalikan sesebuah wayang kulit. Tok dalang mampu membawa wayang kulit dengan berbagai-bagai kisah dalam hikayat yang dibawanya. Kelir dalam istilah pedalangan lebih merujuk kepada layar tempat memainkan boneka wayang.
Muzik wayang kulit adalah seni muzik, hikayat, lakonan, pengetahuan agama dan seni lukis atau ukir. Terdapat 4 jenis wayang kulit iaitu wayang kulit jawa, wayang gedek, wayang kulit melayu dan wayang kulit kelantan.
Saya hanya mengetahui satu jenis wayang kulit sahaja iaitu wayang kulit kelantan kerana saya berasal dari kelantan. Sebelum ini saya tidak tahu bahawa di kedah ada wayang kulit tetapi apabila saya memasuki kelas pada minggu ini terlalu banyak benda baru yang dapat saya perolehi dan pelajari pada minggu ini.
Seterusnya, wayang kulit jawa dikenali sebagai Wayang Purwa dan berasal dari Indonesia. Ianya dipersembahkan oleh orang keturunan jawa di Johor dan Selangor. Wayang kulit Jawa masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli. Wayang kulit Jawa mempunyai isi cerita, patung-patung dan bahasa. Patung-patung yang digunakan menyerupai patung wayang kulit Kelantan tetapi terdapat perbezaan. Perbezaan yang nyata dapat kita lihat ialah bentuk mata patung, mata jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat dan mata prebes untuk watak pertapa. Bahasa yang digunakan dalam bahasa jawa namun dialek Melayu tempatan yang diselitkan dalam dialog cerita.
Wayang Gedek berasal dari Thailand, menggunakan patung kecil dan muka posisi depan. Wayang gedek dimainkan di kawasan utara semenanjung Malaysia iaitu di Perlis dan Kedah. Ianya menggunakan campuran bahasa Thailand dan tempatan. Wayang Gedek juga mempunyai isi cerita, patung-patung dan bahasa. Isi cerita wayang gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. Berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini yang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Patung pula menunjukkan pengaruh Nong Talung dari segi ukiran, pakaian, hiasan, dan seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukir mengadap ke hadapan. Wayang kulit ini menggunakan bahasa dalam loghat siam mahupun dialek Melayu Kedah.
Di samping itu, wayang jawa dipengaruhi oleh wayang Purwa dari Indonesia. Ianya berkembang di bawah naungan Raja untuk hiburan bangsawan. Dimainkan di Istana Patani. Bentuk patung mengikut stail Pulau Jawa. Wayang Jawa masih wujud di Kg. Cicah, Kelantan. Isi cerita wayang kulit ini berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata, terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita panji. Patung wayang jawa boleh digerakkan kedua-dua belah tangan patung. Patung ini senang untuk dikenalpasti mengikut kedudukan kepala. Kebiasaannya patung yang menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya kecil adalah patung yang mempunyai watak yang baik manakala patung berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak ke atas. Cerita disampaikan dalam bahasa Jawa di samping diselitkan dialek melayu tempatan.
Wayang kulit Kelantan merupakan teater rakyat dan sangat popular. Watak yang ada dalam cerita ini ialah Pak Dogol dan Wak Long. Penceritaan popular ialah cerita melayu, cerita panji dan cerita tempatan. Isi cerita wayang kulit Kelantan berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Himpunan cerita yang disadur dari Epik Ramayana tradisi India.
Ukiran patung-patung mempunyai banyak persamaan dengan patung-patung Patani. Ianya diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri diatas kenderaan. Pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain. Bahasa yang digunakan dalam teater tradisional ini ialah dialek melayu kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.
Alat muzik yang dimainkan dalam wayang kulit jawa ialah set gamelan jawa manakala wayang gedek pula menggunakan alat muzik seperti serunai, geduk, gedombak, canang, kesi kecil serta cing. Di samping itu juga wayang kulit melayu memainkan alat muzik gong, canang, kesi, mong, gendang, gendang dan rebab. Wayang kulit kelantan menggunakan alat muzik tetawak ( gong), canang, kesi, gedang, geduk, gedombak, mong, serunai serta pematek.
Pada kuliah minggu ini dapat menarik minat saya yang teramat sangat. Maklumlah inilah kali pertama saya belajar dengan lebih teliti tentang wayang kulit dan jenis-jenis wayang kulit di Malaysia. Topik ini amat menarik minat saya. Syabas En Amran...
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
2 comments:
BAGUS ASYA....
SAYA SETUJU DENGAN JURNAL AWAK NI
tq farah.....
Post a Comment