Saturday, August 14, 2010

Minggu 5 Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada rakan-rakan dan En Amran.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan. Semoga bulan ramadhan ini diberkati oleh Allah S.W.T.

Pada minggu ini En Amran menerangkan tentang gamelan dan caklempong. Bagi pelajar muzik mungkin tiada masalah untuk mengenali tentang gamelan dan caklempong. Hal ini kerana kami semua sudah mengambil subjek gamelan dan caklempong. Bagi pelajar muzik mungkin telah mengetahui lebih mendalam tentang gamelan dan caklempong.

Pada permulaan kuliah ini En Amran telah menunjukkan video gamelan Bali. Bagi saya yang kali pertama melihat video ini amat teruja kerana wujud kelainan cara mereka bermain dengan apa yang kami pelajari. Gamelan yang dipertontonkan kepada kami dipermulaan kuliah dipanggil Gong Kepiak.

Seterusnya, fokus utama dalam pembelajaran minggu ini adalah mengenai sejarah dan jenis-jenis, dan alat muzik gamelan dan caklempong. Disamping itu, En Amran juga memfokuskan sistem tonal, melodi, bentuk, tekstur, dan irama.

Seterusnya, apa yang saya pelajari pada minggu ini iaitu gamelan berasal dari Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu. Selain itu, terdapat juga gamelan yang diperbuat daripada besi dan buluh. Gamelan dilakukan secara ensemble ianya sempurna ataupun lengkap apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri .

Terdapat 2 jenis gamelan iaitu gamelan melayu dan gamelan jawa. Gamelan melayu dapat dikategorikan sebagai muzik bentuk tarian utama, ianya juga dikenali sebagai gamelan Terengganu atau lebih dikenali sebagai Joget Gamelan yang wujud di istana Riau Lingga pada abad ke 18. Muzik gamelan melayu dan jawa dipisahkan melalui penciptaan lagu baru dan sistem tunning, instrumentasi dan melodi.

Seterusnya, pembelajaran baru yang dapat saya pelajari dalam kuliah minggu ini adalah mengenai persembahan gamelan diiringi dengan penyanyi atau vokal. Ribuan terima kasih saya tujukan kepada En Amran diatas penjelasan dan ilmu-ilmu yang dicurahkan kepada saya.




Alat gamelan Terengganu mempunyai 7 jenis alat, antaranya gendang, bonang atau keromong dan lain-lain.

Gamelan Jawa berasal daripada pulau jawa tengah yang dibawa oleh orang-orang jawa ketika penjajahan orang-orang Eropah. Gamelan Jawa dimainkan semasa majlis perkahwinan, berkhatan, dan sebagainya. Gamelan Jawa ini boleh didapati di Johor, Selangor, dan Wilayah Persekutuan. Berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana. Alat muzik gamelan Jawa mempunyai 9 jenis alat.

Notasi tidak penting dan lagu lama tidak dicatat. Ianya dipelajari secara tidak formal melalui pendengaran bermula dengan yang mudah dan beransur kepada kompleks. Sebagaimana yang saya tahu caklempong berasal dari Minangkabau. Caklempong terdapat juga dalam drama tarian randai. Seperti yang sedia maklum caklempong mempunyai alat seperti bonang, gereteh, tingkah, sauwa, gendang ibu dan anak. Minggu ini juga saya mengetahui bahawa bangsi dan serunai yang dimainkan dalam caklempong.




Kesimpulannya, tajuk pada minggu ini amat berguna dan bermanfaat kepada saya. Jika sebelum ini saya hanya tahu bermain gamelan dan caklempong sahaja tetapi dalam subjek ini, saya lebih diberi penerangan tentang alat-alat muzik tradisional ini.

Sekian, terima kasih.....

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

smp2252 asya Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template