Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Pada minggu ke sembilan saya telah mempelajari tentang mak yong. Pada permulaannya membuatkan saya tertarik dengan cara memulakan dengan tarian. Di samping itu juga saya dapat mempelajari tarian mengadap rebab. Walaupun saya tidak tahu tentang tarian ini tapi amat menarik.
Saya berasal dari Kelantan dan tahu serba sedikit tentang mak yong tetapi tidak lah secara terperinci. Seperti yang kita tahu mak yong ini tujuannya untuk hiburan orang zaman dahulu. Selain itu juga mak yong dimainkan untuk tujuan perubatan dan sembah guru.
Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi.
Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa
Kejatuhan Mak Yong mla dirasai kerana nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, di kalangan suami isteri bercerai dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.
Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
- Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
- Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.
- Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
- Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
- Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
- Makyong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
- Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.
Watak-watak dalam Mak yong
Watak-watak penting dalam sesebuah cerita Mak Yong:-
Pak Yong-Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita Mak Yong
Pak Yong Muda-Watak utama atau hero dalam cerita Mak Yong. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yong Muda.
Mak Yong-Juga Permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.
Puteri Mak Yong-Sebagai heroin dalam cerita Mak Yong
Peran-Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita Mak Yong. Peran Tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.
Dayang-Dayang-Terdiri daripada Gadis-gadis manis yang juga bertindak sebagai penari atau pengiring Mak Yong atau Puteri Mak Yong.
Selain daripada watak-watak yang tersebut dii atas, watak-watak jahat ketinggalan, seperti raja jin dan sebagainya yang merupakan pihak lawan kepada watak-watak baik
Pakaian pelakon Mak yong
Dalam satu-satu persembahan Mak Yong tidak memerlukan prop tetapi pakaian watak-watak adalah lengkap dan mahal harganya. Watak-watak penting dalam Mak Yong Muda diberikan nama khas dan setiap watak mempunyai pakaian lengkapnya sendiri walaupun untuk apa cerita sekalipun. Pakaian Mak Yong Muda hádala sama. Kedua-duanya memakai setanjak atau mahkota diperbuat dari balde khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur digantung pada atas telinga kiri.
Seabab yang lalu, Mak Yong Muda ( Watak Utama) memakai setangan batik dan 7 ulas ikatan bunga melur berjuntai dari telinga kiri. Lebih awal dari itu pakaian Pak yong Muda dipengaruhi gaya mempelai-mempelai diraja Patán dengan memakai setanjak yang diperbuat daripada sutera kuning dan dihiasi dengan bunga-bunga emas yang digantung pada rantai-rantai emas terjuntai di telinga kiri. Setanjak Pak Yong Tua dihiasi lebih indah daripada warna yang lebih tua.
Kedua-dua Pak Yong memakai baju sutera berwarna kuning , kemas, tidak berkolar, berlengan pendek atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar.
Pakaian Mak Yong Puteri juga hampir sama. Mereka memakai kebaya sutera dan berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera diikat dengan tali pinggang dan mereka mempunyai pending batu permata dan lebih cantik dari pending Puteri Mak Yong. Sehelai kain sibar tergantung di bahu kiri, di selitkan pada pending dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kain sibar ini biasanya bertekat benang emas, gelang kaki emas dan cincin pemberian dari raja.
Lain-lain pelakon yang mengambil bahagian watak dayang memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tiada berpending atau kain sibar. Mereka memakai sanggul dan bunga melur dilekat pada sanggul. Peran-peran memakai baju pendek biasa, kain sarung dan sepasang seluar besar. Mereka juga memakai semutar daripada kain benang yang pada waktu yang lain juga boleh juga diikat ke pinggang.
Selain perkakas-perkakas ini Pak Yong juga membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera. Rotan ini digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah.
Ahli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok Minduk akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik.
Di dalam nyanyian suara dan rebab menyelenggarakan melodi, gendang dipukul bertingkah dan gong menandakan rentak atau bilangannya. Dalam Mak Yong serunai akan hanya dimainkan pada adegang-adegang puncak atau perang.
Tetawak atau gong
Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.
Gendang
Kedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.
Canang
Sepasang canang ibuu dan anak diperbuat dari tembaga. Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz. Canang ini dibezakan besar atau tidak berdasarkan dari segi bunyian sahaja. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah ia dikenali canana anak.
Kesi
Kesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.
Serunai
Serunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.
Rebab
Rebab boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang ,muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan susu atau tetek . Fungsinya untuk mengembangkan tekanan udara atau sira. Pada masa dahulu tali rebab dio buat dari benang kasar tetapi sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Maak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya suara pemain Mak Yong menyanyi.
Kesimpulannya pembentangan mak yong amat menarik sekali. Syabas buat anda semua.
1 comments:
Jika permulaan Mak Yong tidak mengadap rebab, masih bolehkah diteruskan?
Post a Comment