Friday, October 29, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan serta En Amran..Pada minggu kesepuluh tajuk yang dibentangkan amat menarik perhatian saja kerana sebelum ini saya jarang mendengar tentang nobat dan orkestra cina moden.

Pembentangan tentang nobat telah menarik minat saya kerana kita jarang mendengar muziknya. Hal ini kerana nobat hanya dimainkan di dalam istana sahaja dan nobat juga dimainkan dalam upacara tertentu sahaja. Nobat tidak boleh dimainkan secara terbuka kepada.

Nobat hanya terdapat di selangor, kedah dan perak sahaja. Setiap negeri mempunyai balai nobat sendiri dimana semua peralatan nobat disimpan disitu dan tidak boleh dibawa sesuka hati. Nobat dimainkan oleh orang Kalur di istana, dan hanya keturunan beliau yang terus memainkan nobat ini. Walaupun terdapat sedikit perbezaan nobat dari negeri-negeri yang berlainan, tetapi fungsinya tetap sama dan dimainkan di istana.

Syabas saya ucapkan kepada kumpulan yang membentangkan tentang nobat. Mereka sanggup pergi ke istana Perak untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi tentang nobat. ,Mereka dapat banyak pengetahuan tentang nobat semasa di sana kerana mereka berjumpa dengan orang lama yang bermain nobat. Tahniah saya ucapkan.

Seterusnya saya ingin ucapkan tahniah juga kepada kumpulan pembentangan yang seterusnya selepas nobat. Pada permulaan tentang orkestra cina moden amat membosankan bagi saya. Selepas beberapa slide yang ditunjukkan barulah saya memfokuskan tentang topik yang dibentangkan. Topik ini juga amat menarik minat saya kerana kita jarang mendengar dan mengetahui tentang muzik cina... Alat yang ditunjukkan juga amat menarik minat saya kerana saya jarang melihat alat tersebut. Bunyi alat muzik yang dimainkan juga amat menarik minat saya. Kumpulan ini memberikan penerangan yang jelas dan ini memberikan gambaran yang baru kepada saya apa itu muzik ochestra cina moden.

Secara kesimpulannya, kedua-dua pembentang memberikan informasi yang baru kepada saya dan juga kepada rakan sekelas yang lain. Cara penyampaian pembentangan juga amat menarik dan semoga usaha ini boleh dipertingkatkan lagi kepada kumpulan-kumpulan yang seterusnya. Tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua pembentang kerana anda semua berusaha gigih.

3 comments:

Damiana on October 29, 2010 at 11:05 PM said...

Boleh atau tidak saudari jika nobat dimainkan secara suka-suka ataupun persembahan?

SMP2252redzuan on October 30, 2010 at 9:21 AM said...

sudah tentu tidak

SMP2252 Liew on October 31, 2010 at 12:43 AM said...

ya. Nobat hanya boleh dimainkan dalam istana atas titah Yang Maha Mulia Sultan. Pemainnya juga hanya untuk keturunan tertentu sahaja, rakyant biasa tidak boleh sentuhnya sesekali pun.

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

smp2252 asya Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template