Assalamualaikum dan salam sejahtera saya tujukan buat Encik Amran dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Minggu ini kelas dimulakan dengan Ujian Pendengaran. Semua rakan-rakan sekelas begitu teruja untuk menjalankan ujian tersebut.
Gendang 24 musim ini dikatakan telah diasaskan oleh seorang guru muzik yang bernama Encik Wei Chong di Johor Bharu pada 12 jun 1988. Peralatan telah di import atau dibeli dari negara China. Gendang 24 musim ini juga berasas kepada musim pertanian di Negara China. Nama musim itu ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. Musim besar iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur, dan musim dingin dihabagikan kepada enam musim kecil. Musim kecil ini berkait dengan jadual perkerjaan petani di negara China. Mengikut kalendar China, petani tahu masa mereka patut membajak tanah, menyemai, menuai, damn aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Kareorafi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi-aksi pertanian dan mempamerkan susasana meriah.
Pemain drum akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Selain itu juga mereka memakai topeng, bendera berwarna warni dan kain panjang berwarna. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaumCina sahaja, malah turut dipersembahkan dalam majlis-majlis raja kerajaan.
Alat muzik yang digunakan pula ialah 24 buah gendang Shigu, iaitu drum tarian Singa. Terdapat juga menggunakan gendang longgu. gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini juga mempunyai Konsep Jie Qi dimana dijadikan panduan buat petani.
Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang...
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
2 comments:
Saya rasa jika seni ini digabungkan dengan alat muzik moden mungkin lebih menarik bunyinya.
HMMM, idea yang sangat menarik...
Post a Comment