Friday, October 29, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini tajuk pembentangan yang dijadualkan adalah wayang kulit. Tahniah kepada pembentang kerana berjaya juga untuk melakukan pembentangan pada minggu ini. Saya merasa rugi sekali kerana tidak dapat melihat pembentangan pada hari tersebut.

Apabila saya melihat gambar semasa pembentangan tersebut saya merasa ianya amat menarik sekali. Ahli kumpulan tersebut dapat membuat kelainan kerana ianya dapat ditunjukkan kepada rakan-rakan di dalam kelas.

Saya berasal dari Kelantan, maka saya dapat mengetahui juga serba sedikit tentang wayang kulit. Wayang kulit mempunyai beberapa jenis, wayang kulit melayu, wayang kulit jawa,wayang kulit utara dan wayang kulit kelantan. Wayang kulit jawa sahaja yang menggunakan gamelan, oleh itu bunyi muziknya sedikit berbeza dengan wayang kulit lain.

Tok dalang, ialah orang yang memainkan wayang kulit dan menghafal semua cerita itu dan watak-watak yang ada. Tok Dalang juga memainkan semua watak dengan suara yang bereza. Malah, tok dalang juga harus menggerakkan patung tersebut dan menukar patung-patung lain. Patungnya diperbuat daripada kulit lembu atau kambing dan mempunyai rupa yang pelbagai mengikut watak-watak. Jika dulu ceritanya lebih kepada epik, tetapi sekarang lebih membawa isu semasa dan banyak diselitkan unsur-unsur jenaka.

Kesimpulannya saya ingin ucapkan tahniah sekali lagi. Kita seharusnya mengekalkan wayang kulit agar kanak-kanak yang akan dilahirkan pada masa hadapan mengenali wayang kulit. Sebenarnya kursus ini juga satu langkah untuk kita memulihkan dan memeliharan warisan atau muzik tradisional di negara kita.

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

smp2252 asya Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template